RUMUSAN MASALAH FEQAH
WAJIB MENGHADIRKAN 3 PERKARA APABILA SESEORANGHENDAK BERTAKBIRATUL IHRAM :-
1. Qasad (Niat) menentukan sembahyang yang ia hendak didirikan itu seperti keadaannya Zuhur atau Asar atau lainnya.
2.Qasad ( Niat ) mengerjakan sembahyang itu fardu atasnya , jika sembahyang itu sembahyang fardu.
3. Qasad (Niat) mengerjakan sembahyang itu.Dan jika berniat ia mengerjakan semuanya dan berkata ia ( ditakli'kan) sekiranya Zaid masuk ( atau datang ia) aku akan putuskan (berhentikan) sembahyang aku ini maka batal sembahyangnya.
Dan jika pada sembahyang Jumaat maka wajib ditambahkan atas tiga perkara di atas dengan satu perkara lagi iaitu menghadirkan niat (1) mengikut imam atau menjadi makmum.
Huraian :-
1.Qasad mendirikan sembahyang itu menyahajakan sembahyang ertinya memperbuat sembahyang
2.Menthabitkan fardhiah (Ta'arudh) seperti diqasadkan dengan hati memperbuat sembahyang fardhu.
3.Ta'ayin ertinya menentukan waktu seperti Subuh , adapun sembahyang Fardhu Jumaat hendaklah ditambah satu lagi iaitu niat Imam jika ia jadi imam atau makmum jika ia jadi makmum
Ruj:Terjemahan Qaul At-Tam Fi Ahkam Al-Makmum Wal Imam Juzuk Pertama Dan Kedua Oleh Datuk Sheikh Hj.Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
Comments
Post a Comment