Pindaan Akta 355 : Satu Pelaksanaan Mengikut Kemampuan (Ditulis Oleh : Kencana Hijau, Jordan) Usul Persendirian bagi mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian, bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Segelintir yang menolak mengatakan bahawa Pindaan Akta 355 merupakan tidak kondusif, tangan belakang untuk melaksanakan Hukum Hudud, tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Modal Politik Parti dan banyak skeptikal lagi. Oleh itu, saya akan membawa kalian untuk memahami isu ini dengan ilmiah dan rasional. Kita tidak mahu kesalahfahaman dalam isu sehinggakan menyebabkan pertelingkahan sebaliknya suasana perbincangan akan berlaku lebih banyak terutama dalam kalangan Ahli Parlimen Islam. Sekilas Akta 355 Pada tanggal 3 Mac 1965, Parlimen Malaysia telah meluluskan satu undang-u...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
PAHALA BERJALAN SEWAKTU TIDUR? Pernahkan kalian terfikir bagaimana pahala kita mampu berjalan sewaktu kita tidur? Sejujurnya tiada jawapan yang salah atau betul yang mampu diberikan. Mungkin kita boleh katakan bersedekah untuk pembinaan masjid misalan. Selama masyarakat menggunakan masjid itu, maka selama itulah pahala kita bakal berjalan. Pelbagai jenis amal jariah juga kebaikan yang boleh kita lakukan. Sebelum itu, suka untuk membawa kalian menghayati realiti kini yang kita fokuskan pada perspektif orang muda dan media massa. Tidak dinafikan kita perlu membawa pemuda mengenal teknologi dan bukan sebaliknya menongkah arus kemodenan kini dengan menghalang mereka bmenari bersama rentak teknologi. Pada hari ini kita mempunyai pelbagai jenis media seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram, Twitter dan lainnya. Apabila kita berbicara berkaitan muamalah kita (perhubungan kita ) dengan media, kita boleh katakan ramai yang leka dan alpa untuk lebih berkomunikasi secara berd...
- Get link
- X
- Other Apps
SYAIR ; ADNAN SATRIA NEGARA Tersebutlah kisah suatu cerita, Satria Negara banyak berjasa, Adnan Bin Saidi diberi nama, Kesatriaannya membanggakan negara. Adnan dididik dengan sempurna, Apabila dewasa bersemangat waja, Parajurit negara namanya besar, Menggadai nyawa demi negara, Menjadi Askar Melayu umur yang muda, Ketua Platun Batallion Pertama, Memikul amanah sungguh saksama, Anak dan isteri tidak dilupa. Bukit Candu medan pertempuran, Leftenan Adnan memainkan peranan, Kawasan penting perlu dipertahankan, Permatang Pasir Panjang menjadi rebutan. Mereka dibedil habis-habisan, Meriam dan mortar menjadi penganan, Adnan bertahan bermati-matian, Musuh gagal untuk menawan. Jepun menggunakan tipu muslihat, 40 askar ditentang hebat, Adnan cedera terbaring atas mayat, Dia bertempur dengan dengan jarak yang dekat. Bayonet sahaja menjadi senjata, Adnan diserang Jeneral Yamashita, Dahan ceri digantung songsangnya, Ditikamnya m...
- Get link
- X
- Other Apps
SAJAK ; NELAYAN ILMU Wahai Nelayan Ilmu, Sungguh hairan tiap hari aku melihat manusia menyisir rambutnya tetapi tidak menyisir otaknya memperkemas dadanya tetapi tidak menyucikan hatinya menggilap kasutnya tetapi tidak menggilap akalnya Wahai Nelayan Ilmu, Bernakhodakan akal budi luhur pekerti mulia sesekali terjah kegusaran terbit di sebalik ufuk minda jala keimanan pukat ketaqwaan menyentap tali kesabaran menebarkan keperitan pelahan-lahan mengangkat kejayaan yang dimpikan Kitalah Nelayan Ilmu, dalam kolek keyakinan setiap kejayaan yang terpukat harus terbalut keluhuran dibingkis kesucian menangkis keangkuhan sebelum sampai ke pelabuhanmu Nelayan Ilmu, Kita datang sini hanya sementara, untuk kembali ke pangkuan ayahanda bonda, kita pulang nanti bawalah yang manisnya, buanglah yang keruhnya, menyuburkan benih agama, agar dapat dinikmati semua. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
- Get link
- X
- Other Apps
ARTIKEL ISLAMIK MASJID : ONE STOP CENTRE Siapakah manusia pilihan Allah untuk datang memakmurkan rumah-Nya? Orang yang terpilih ini mempunyai beberapa ciri yang dinyatakan sendiri oleh Allah : “ Sesungguhnya orang yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat serta tidak takut kecuali Allah. Maka mereka diharapkan menjadi golongan orang yang mendapat hidayah.” (At-Tawbah 9:18) Masjid hari ini wajar diluaskan peranannya seluas pandangan mata burung. Kita ingin melihat peranan masjid yang lebih proaktif dan meningkatkan peranan yang biasa sebagai suatu projek yang kita namakan sebagai ‘Dakwah Moden’. Pernahkah kita melihat masjid yang membekalkan ubatan seperti farmasi yang mempunyai doktor panel memberi ubat kepada pesakit? Pernahkah kita melihat masjid dipenuhi kereta beratur menunggu anak pulang dari pusat tuisyen seperti mana kita membeli makanan segera di khidmat pandu-lalu? Namun...
- Get link
- X
- Other Apps
SAJAK ; GAGAK PUTIH Pernah dahulunya aku, Bermimpi akan seekor gagak di Kuala Lumpur, Putih pelepahnya, Putih matanya, Putih paruhnya, Putih kakinya, Putih semuanya, Tetapi, Masihkah mampu aku menjumpainya? Yang putih pelepahnya, Yang putih matanya, Yang putih paruhnya, Yang putih kakinya, Yang putih semuanya, Gagak yang lazimnya hitam, Kini putih, Mampu buat terkesima kita, Mustahil aku menjumpainya, Memilikinya apatah lagi, Di manakah kau? Wahai Gagak Putih yang kucari? Adakah zaman ini akan muncul, Si Gagak Putih yang menjadi idaman para arjuna? Mengikat perahu kata, Dengan tepak sirih dibawa, Dengan cincin rotan disimpan, Dengan senyuman manis berjela, Demi menyatukan dua keluarga. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.