ARTIKEL ISLAMIK
MASJID : ONE STOP CENTRE
Siapakah
manusia pilihan Allah untuk datang memakmurkan rumah-Nya? Orang yang terpilih
ini mempunyai beberapa ciri yang dinyatakan sendiri oleh Allah : “ Sesungguhnya
orang yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman
kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat serta tidak
takut kecuali Allah. Maka mereka diharapkan menjadi golongan orang yang
mendapat hidayah.” (At-Tawbah 9:18)
Masjid hari
ini wajar diluaskan peranannya seluas pandangan mata burung. Kita ingin melihat
peranan masjid yang lebih proaktif dan meningkatkan peranan yang biasa sebagai
suatu projek yang kita namakan sebagai ‘Dakwah Moden’. Pernahkah kita melihat
masjid yang membekalkan ubatan seperti farmasi yang mempunyai doktor panel
memberi ubat kepada pesakit? Pernahkah kita melihat masjid dipenuhi kereta
beratur menunggu anak pulang dari pusat tuisyen seperti mana kita membeli
makanan segera di khidmat pandu-lalu? Namun demikian kita perlu berusaha
mengubah persepsi yang dibina bahawa peranan masjid ini lebih luas lagi lebih
daripada hadir menunaikan solat fardu dan kelas pengajian agama.
Jika kita
faham dan menerima tujuan dan konsep dakwah, marilah kita bersama menyeru dan
mengusahakan kempen dakwah lebih kreatif. Mengapa kita pilih masjid? Ya, kerana
masjid merupakan tiang rumah, manakan pula rumah boleh dibina tanpa tiang.
Dakwah kini perlu kreatif. Kita jarang sekali melihat orang awam hadir ke
masjid selain tujuan solat fardu dan kelas pengajian.
Maka idea untuk
menubuhkan Farmasi Rakyat dan Tuisyen Rakyat di masjid ini perlu difikirkan
bersama dari sudut pelaksanaan dan tindakan agar orang awam bakal lebih kerap
ke masjid. Generasi pada zaman sahabat Rasulullah yang apabila mempunyai
masalah terus bergegas ke masjid berbeza generasi hari ini semakin lari
daripada masjid.
Kita perlu
hindarkan budaya mengunjungi pusat hiburan dan pelesiran untuk menyanyi dan
menari dan melakukan aktiviti yang berdosa dan melalaikan kononnya untuk
mendapatkan ketenangan. Malangnya ketenangan yang dicari semakin jauh. Manusia
hari ini juga kurang prihatin dengan penyakit-penyakit rohani seperti syirik,
sifat mazmumah, kufur dan munafik. Akhirnya kita memandang enteng berkaitan
permasalahan ini.
Ibrahim bin
Maimun al-Marwazi ulama’ hadis, anak murid Atha’ bin Abi Rabah. Beliau seorang
tukang emas. Kata Yahya bin Ma’in : “Kalau beliau sudah angkat alat pengukir
tatkala mendengar azan dan tidak akan ambung kerja semula.” Masjid itu langkah
hati bukan langkah kaki. Masjid itu pastikan hati kita benar-banar terpaut
bukan ke laut.
Comments
Post a Comment