SAJAK ; KETUA
Sungguh,
Malam itu sepi
dengan kehadiran manusia,
Kuturunkan segala
pengalaman disimpan,
Ilmu dan panduan,
Sunnah dan
Kalamullah Quran,
Agar mereka terpandu memimpin manusia
Memanusiakan manusia.
Kini,
Situasi sebegitu
bakal berulang,
Wataknya sahaja
berbeza,
Siapa?
Masih mencari
dikau,
Wahai pengganti,
Demi
meneruskan kerja dakwah ini.
Aku bukan penat,
Aku mahu berehat,
Aku jadi
pengikutmu,
Sepertimana kau
mengikutku,
Kau pula
mengemudi,
Teguh berdiri,
Ketahuilah aku di
sampingmu mendoakan yang terbaik.
KENCANA HIJAU
Amman, Jordan.
Comments
Post a Comment