PERSONALITI AHSAN ; SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
“Saurah Hayat As-Sahabah, Dr.Abdul Rahman
Ra’fat Al-Basya” telah mengutarakan sebuah kisah teladan yang sangat menyentuh
kepiluan hati sanubari manusia. Amru Bin Ath-Thufail Ad-Dausy merupakan anak
seorang yang syahid. Bapanya yang syahid di perang Yamamah dan beliau sendiri
terus gigih berperang sampai tubuhnya penuh luka, tangan kananya terpotong, dia
pulang ke Madinah meninggalkan bapaknya sementara tangan kanannya dikubur di
bumi Yamamah.
Sewaktu khilafah Umar Bin Al-Khatthab, Amru
bin Ath-Thufail datang menemuinya, tatkala makanan dihidangkan kepada Al-Faruq
sementara orang-orang yang duduk di sekelilingnya dipersilahkan untuk menyantap
hidangan, Amru menjauh dari hidangan tersebut. Maka al-Faruq bertanya
kepadanya,
“Ada apa dengan dirimu? Apakah kamu menjauh
dari makanan ini kerana kamu merasa malu kepada tanganmu?”
Dia menjawab, “Benar wahai Amirul
Mukminin.”
Umar pun berkata, “Demi Allah, aku tidak
menyantap makanan ini sehingga kamu mencampurnya melalui bahagian tanganmu yang
terputus itu. Demi Allah, di antara yang hadir ini tidak ada seseorang yang
sebahagian badannya telah tinggal di syurga melainkan engkau.
Umar Bin Al_Khattab merupakan khalifah
kedua Khulafa’ Ar-Rasyidin. Beliau merupakan antara tokoh kepimpinan yang boleh
dicontohi pada abad ini. Pada hari ini kita saksikan bahawa sukarnya untuk
meneladani kepimpinan beliau sebagai pemimpin yang tegas dan pendirian teguh
dalam menegakkan agama serta syiar Islam.
Fikiran dan rencana pentadbiran
beliau tidak akan sesekali dicampuri oleh pihak luar termasuk isteri dan
anaknya. Di manakah pemimpin sebegitu pada saat ini ?
Comments
Post a Comment