Posts

Showing posts from August, 2014
RUMUSAN MASALAH FEQAH WAJIB MENGHADIRKAN 3 PERKARA APABILA SESEORANGHENDAK BERTAKBIRATUL IHRAM :- 1. Qasad (Niat) menentukan sembahyang yang ia hendak didirikan itu seperti keadaannya Zuhur atau Asar atau lainnya. 2.Qasad ( Niat ) mengerjakan sembahyang itu fardu atasnya , jika sembahyang itu sembahyang fardu. 3. Qasad (Niat) mengerjakan sembahyang itu.Dan jika berniat ia mengerjakan semuanya dan berkata ia  ( ditakli'kan) sekiranya Zaid masuk ( atau datang ia) aku akan putuskan (berhentikan) sembahyang aku ini maka batal sembahyangnya. Dan jika pada sembahyang Jumaat maka wajib ditambahkan atas tiga perkara di atas dengan satu perkara lagi iaitu menghadirkan niat (1)  mengikut imam atau menjadi makmum. Huraian :- 1.Qasad mendirikan sembahyang itu menyahajakan sembahyang ertinya memperbuat sembahyang 2.Menthabitkan fardhiah (Ta'arudh) seperti diqasadkan dengan hati memperbuat sembahyang fardhu. 3.Ta'ayin ertinya menentukan waktu seperti Su