Posts

Showing posts from January, 2017
PAHALA BERJALAN SEWAKTU TIDUR? Pernahkan kalian terfikir bagaimana pahala kita mampu berjalan sewaktu kita tidur? Sejujurnya tiada jawapan yang salah atau betul yang mampu diberikan. Mungkin kita boleh katakan bersedekah untuk pembinaan masjid misalan. Selama masyarakat menggunakan masjid itu, maka selama itulah pahala kita bakal berjalan. Pelbagai jenis amal jariah juga kebaikan yang boleh kita lakukan. Sebelum itu, suka untuk membawa kalian menghayati realiti kini yang kita fokuskan pada perspektif orang muda dan media massa. Tidak dinafikan kita perlu membawa pemuda mengenal teknologi dan bukan sebaliknya menongkah arus kemodenan kini dengan menghalang mereka bmenari bersama rentak teknologi. Pada hari ini kita mempunyai pelbagai jenis media seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram, Twitter dan lainnya.   Apabila kita berbicara berkaitan muamalah kita (perhubungan kita ) dengan media, kita boleh katakan ramai yang leka dan alpa untuk lebih berkomunikasi secara berdepan
SYAIR ; ADNAN SATRIA NEGARA Tersebutlah kisah suatu cerita, Satria Negara banyak berjasa, Adnan Bin Saidi diberi nama, Kesatriaannya membanggakan negara. Adnan dididik dengan sempurna, Apabila dewasa bersemangat waja, Parajurit negara namanya besar, Menggadai nyawa demi negara, Menjadi Askar Melayu umur yang muda, Ketua Platun Batallion Pertama, Memikul amanah sungguh saksama, Anak dan isteri tidak dilupa. Bukit Candu medan pertempuran, Leftenan Adnan memainkan peranan, Kawasan penting perlu dipertahankan, Permatang Pasir Panjang menjadi rebutan. Mereka dibedil habis-habisan, Meriam dan mortar menjadi penganan, Adnan bertahan bermati-matian, Musuh gagal untuk menawan. Jepun menggunakan tipu muslihat, 40 askar ditentang hebat, Adnan cedera terbaring atas mayat, Dia bertempur dengan dengan jarak yang dekat. Bayonet sahaja menjadi senjata, Adnan diserang Jeneral Yamashita, Dahan ceri digantung songsangnya, Ditikamnya m
SAJAK ; MANISNYA MADU CINTA Laut madu manis cangkirnya rasanya merembeskan kemanisan bunga hinggakan terbuai kalbu cinta tidak terperi Suaranya pilu tenangnya harmoni dan sentosa melenyapkan congkar-cangkir dalam kehidupan yang menyibukkan Cinta Sang Murabbi KENCANA HIJAU Amman,Jordan
SAJAK ; NELAYAN ILMU Wahai Nelayan Ilmu, Sungguh hairan tiap hari aku melihat manusia menyisir rambutnya tetapi tidak menyisir otaknya memperkemas dadanya tetapi tidak menyucikan hatinya menggilap kasutnya tetapi tidak menggilap akalnya Wahai Nelayan Ilmu, Bernakhodakan akal budi luhur pekerti mulia sesekali terjah kegusaran terbit di sebalik ufuk minda jala keimanan pukat ketaqwaan menyentap tali kesabaran menebarkan keperitan pelahan-lahan mengangkat kejayaan yang dimpikan Kitalah Nelayan Ilmu, dalam kolek keyakinan setiap kejayaan yang terpukat harus terbalut keluhuran dibingkis kesucian menangkis keangkuhan sebelum sampai ke pelabuhanmu Nelayan Ilmu, Kita datang sini hanya sementara, untuk kembali ke pangkuan ayahanda bonda, kita pulang nanti bawalah yang manisnya, buanglah yang keruhnya, menyuburkan benih agama, agar dapat dinikmati semua. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
ARTIKEL ISLAMIK MASJID : ONE STOP CENTRE Siapakah manusia pilihan Allah untuk datang memakmurkan rumah-Nya? Orang yang terpilih ini mempunyai beberapa ciri yang dinyatakan sendiri oleh Allah : “ Sesungguhnya orang yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat serta tidak takut kecuali Allah. Maka mereka diharapkan menjadi golongan orang yang mendapat hidayah.” (At-Tawbah 9:18) Masjid hari ini wajar diluaskan peranannya seluas pandangan mata burung. Kita ingin melihat peranan masjid yang lebih proaktif dan meningkatkan peranan yang biasa sebagai suatu projek yang kita namakan sebagai ‘Dakwah Moden’. Pernahkah kita melihat masjid yang membekalkan ubatan seperti farmasi yang mempunyai doktor panel memberi ubat kepada pesakit? Pernahkah kita melihat masjid dipenuhi kereta beratur menunggu anak pulang dari pusat tuisyen seperti mana kita membeli makanan segera di khidmat pandu-lalu? Namun
SAJAK ; GAGAK PUTIH   Pernah dahulunya aku, Bermimpi akan seekor gagak di Kuala Lumpur, Putih pelepahnya, Putih matanya, Putih paruhnya, Putih kakinya, Putih semuanya, Tetapi, Masihkah mampu aku menjumpainya? Yang putih pelepahnya, Yang putih matanya, Yang putih paruhnya, Yang putih kakinya, Yang putih semuanya, Gagak yang lazimnya hitam, Kini putih, Mampu buat terkesima kita, Mustahil aku menjumpainya, Memilikinya apatah lagi, Di manakah kau? Wahai Gagak Putih yang kucari? Adakah zaman ini akan muncul, Si Gagak Putih yang menjadi idaman para arjuna? Mengikat perahu kata, Dengan tepak sirih dibawa, Dengan cincin rotan disimpan, Dengan senyuman manis berjela, Demi menyatukan dua keluarga. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
SAJAK ; KETUA   Sungguh, Malam itu sepi dengan kehadiran manusia, Kuturunkan segala pengalaman disimpan, Ilmu dan panduan, Sunnah dan Kalamullah Quran, Agar mereka terpandu memimpin manusia Memanusiakan manusia. Kini, Situasi sebegitu bakal berulang, Wataknya sahaja berbeza, Siapa? Masih mencari dikau, Wahai pengganti, Demi meneruskan  kerja dakwah ini. Aku bukan penat, Aku mahu berehat, Aku jadi pengikutmu, Sepertimana kau mengikutku, Kau pula mengemudi, Teguh berdiri, Ketahuilah aku di sampingmu mendoakan yang terbaik. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
ARTIKEL ISLAMIK Pemuda Al-Quran Yang Dinanti-nantikan Dikarang oleh : Muhammad Ammar Yaser Bin Ahmad Nazri   Sungguh hairan melihat setiap hari pemuda menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah menyucikan hatinya, menggilap kasutnya tetapi tidak akalnya. Walhal, kejayaan seorang pemuda yang dinanti-nantikan bukanlah bergantung pada penampilan zahir semata-mata tetapi juga ketinggian pemikirannya. Atas pedoman yang sama, percayalah Pemuda Al-Quran suatu penantian buat kita. Pemuda Al-Quran yang digambarkan dalam surah Yusuf ayat 36 yang bermaksud :[ Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya
PERSONALITI AHSAN ; SUMAYYAH IBU AMMAR BIN YASIR Sungguh hairan, melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya , memperkemas dadanya tetapi tidak akalnya. Walhal kejayaan sesutu perkara bukanlah bergantung pada penampilan zahir semata-mata tetapi juga ketinggian luhur budi pekertinya. Sumayyah ,ibu Ammar Bin Yasir antara wanita yang boleh menjadi contoh teladan bagi umat Islam amnya pada saat dunia akhir zaman ini. Beliau yang telah mengalami berbagai-bagai seksaan zahir dan batin, sakit parah, kemiskinan yang mencekik, kehilangan insan yang dicintai hari demi hari. Namun tidak pernah sedetik masa seksaan ini menggoyahkan imannya bahkan membakar semangatnya untuk terus berjuang. Abu Jahal, “Panglima Kezaliman” bagi setiap perkara yang zalim telah patah keangkuhan, kesombongan juga kemarahan jantannya kerana wanita ini yang sangat sabar dengan azab seksaan dunia yang dikenakan Abu Jahal, lalu dipakaikan wanita ini baju besi, dijemur di tengah p
 PERSONALITI AHSAN ; SAIDINA UMAR AL-KHATTAB “ Saurah Hayat As-Sahabah, Dr.Abdul Rahman Ra’fat Al-Basya” telah mengutarakan sebuah kisah teladan yang sangat menyentuh kepiluan hati sanubari manusia. Amru Bin Ath-Thufail Ad-Dausy merupakan anak seorang yang syahid. Bapanya yang syahid di perang Yamamah dan beliau sendiri terus gigih berperang sampai tubuhnya penuh luka, tangan kananya terpotong, dia pulang ke Madinah meninggalkan bapaknya sementara tangan kanannya dikubur di bumi Yamamah. Sewaktu khilafah Umar Bin Al-Khatthab, Amru bin Ath-Thufail datang menemuinya, tatkala makanan dihidangkan kepada Al-Faruq sementara orang-orang yang duduk di sekelilingnya dipersilahkan untuk menyantap hidangan, Amru menjauh dari hidangan tersebut. Maka al-Faruq bertanya kepadanya, “Ada apa dengan dirimu? Apakah kamu menjauh dari makanan ini kerana kamu merasa malu kepada tanganmu?” Dia menjawab, “Benar wahai Amirul Mukminin.” Umar pun berkata, “Demi Allah, aku tidak menyantap mak
PERSONALITI AHSAN ; SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ Umum mengetahui bahawa setiap kali majlis yang dihadiri oleh seorang pemimpin perlulah mengikut adat istiadat, protokol dan cara sambutan yang gah bertujuan membezakan martabat dan darjat pemimpin dan yang dipimpin. Namun jika kita menyingkap sejarah Islam, adakah pernah kita membaca tentang pemimpin yang dipaksa sanjung dan hormat? Kezuhudan seorang pemimpin sukar dicari berbanding dengan pemimpin yang tidak mempunyai sifat zuhud. Umar Bin Abdul Aziz ketika belum dilantik menjadi khalifah telah memarahi rakyat kerana tidak menyukai panggilan “Khalifah” yang disebut-sebut oleh rakyat. Namun demikian, beliau yang selepas dilantik menjadi khalifah seolah-olah menjadi lebih zuhud dan perubahan bagai langit dan bumi. Kezuhudan tersebut dilihat apabila beliau yang tidak pernah langsung beliau menetap di istana sewaktu pemerintahan. Sebaliknya kekal menetap di rumah yang didiami sebelum ini. Walaupun pernah ditentang oleh pihak peng