Posts

Showing posts from 2017
Image
WILDAN-MUKHALLADUN Wildan-Mukhalladun, Kau Ibarat Mutiara Bertaburan, Sebening Yaqut, Seputih Marjan, Menyinari Kegelapan, Memecah Kesunyian, Semerbak Mawar Kayangan, Kini Kau Tidak Lagi Buluh Perindu, Kerna Nafsu Serakah Tunggul Kayu Tak Berjiwa, Syaitan Bertopengkan Manusia, Kaca Menyerupai Permata, Wahai Insan Berjiwa Manusia, Proses Memanusiakan Manusia Bukan Semudah Bicara, Jangan Kerana Nafsu Kau Buat Semua, Hak Dan Batil Tak Diambil Kira, Jannatul Firdausi Bukan Impian Utama, Quran Sunnah Ditunggang Guna, Mundur Sosial Rencah Perisa, Ayuh ! Kita Perlu Mengubahnya. KENCANA HIJAU, Amman, Jordan.
Image
SAJAK ; DAMAI YANG SIRNA Al-Quds, Damai kanak-kanak yang sirna, Kini menghiris dan membunuh perasaan, Hiba sayu meratapi, Bahkan bulan, bintang juga mentari mengikuti, Menangis, Airnya sayu ibarat kalbu dihiris, Rasanya pilu umpama kacam menikam lara, Sungguh mereka tidak terperi, Bedilannya sakit dan menyakitkan, Zionis Israel, Adakah hati kau sudah mati? Kerana tiada lagi kasihan di sanubari, Kekejeman kau memuncak, Kezaliman kau terserlah, Al-Quds, Ayuh Ulama' Feqah, Ulama' Sejarah, Ulama' Ummah, Ulama' Harakah, Runtuhkan tiang khilafiah, Suburkan tali warisan ummah, Israel, Bangsa durjana, Ingatlah, Keadilan akan tertegak, Kau akan terkubur kelak. KENCANA HIJAU Sweileh, Amman, Jordan
SAJAK ; AKU TERIMA NIKAHNYA Cinta, Kalimah lima aksara yang punya sejuta makna, Kadangkala perlu meluahkannya, Kadangkala perlu menerima, Kadangkala perlu manifestasinya, Cinta, Pernah terfikir untuk melorongnya pada jalan suci bersih bicara? Atau melempiaskan serakah semata? Tahukah hak dan batil takkan pernah diadun sama, Benarlah cinta itu buta, Cinta, Ayuh kita bawa naluri hati suci ini dengan sebaik cara, Bukan di dunia maya dia menggoda, Bukan pacaran islami sebagai topengnya, Bukan luahan perasaan biasa biasa, Cinta, Koreksi diri kita sebelum akad dilafazkan, Kita keluar dari gelita kebinasaan ke arah cahaya kebenaran, Aku terima nikahnya bukan akad kegembiraan sahaja, Tetapi saat bahu dibeban dengan peranan, Saat kita penuh kesediaan, KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
SANTAI DAKWAH Alkisah, hari Ahad yang indah, lebih segar daripada kepenatan semalam, permulaan bagi rutin pelajar di Jordan. Aku bergegas mendapatkan bas mini atau dikenali sebagai 'coaster' di sini. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan 'coaster' 30 minit sebelum pukul 10.00 pagi. Oleh sebab tiada lagi tempat duduk kosong, aku mengambil tempat hadapan pintu, dan berdiri sambil memegang besi penghadang tepi pintu. Kisahnya bermula, seorang wanita muda, bukan berwarganegara Malaysia, tersentuh tangan kananku. Dia duduk di sebuah kerusi di sisi pintu keluar. Tersentuh tangan yang aku sarungkan cincin Zamrud Columbia hadiah pemberian seseorang. Aku tangkas menarik tanganku, kerana aku sedar dia cuba menyentuhku. Barangkali dia berminat dengan cincin yang aku pakai. Itu hanyalah andaian. Tindakan kami ini membuatkan hampir semua yang ada dalam 'coaster' mentertawakan kami. Dia juga. Aku tidak pasti, keliru dan bercampur perasaan dalam hati muda ini. Aku diam. Be
SANTAI DAKWAH Sebuah kisah untuk dijadikan teladan. Kisah seorang pendakwah muda yang umurnya setahun jagung darahnya setampuk pinang. Pemuda yang belajar di universiti di luar negara di Timur Tengah. Sewaktu dalam sebuah kuliah Qawaid Fiqhiyyah apabila belajar tajuk لا ضرر ولا ضرار (Mencegah Kemudaratan Sendiri Dan Mencegah Kemudararan Pada Lainnya) Alkisah dia seorang pelajar yang melazimi tempat duduk di barisan paling hadapan. Berhadapan doktor dan seringkali bersebelahan sahabat Arab yang sangat tegar menghisap rokok. Puas dia mencari jalan dan waktu yang sesuai untuk memberu teguran. Masanya tiba pada pengujung semester sewaktu belajar Kaedah Fiqhiyyah yang disebutkan tadi. Dia mengngkat tangan kanan mengambil peluang melontarkan cadangan dari kalbunya, terus bersuara dalam Bahasa Arab setelah diberi peluang oleh pensyarah. "Bagaimana aku ingin menolak kemafsadatan apabila solat berjemaah di masjid, sebelah aku seorang lelaki yang tegar merokok, keluar pada mulutnya bau y
Dustur Ilahi ; Sebuah Pendekatan Buat Mahasiswa Oleh : Kencana Hijau Islam merupakan agama yang sangat sempurna jika ingin dibandingkan dengan agama yang lain. Tidak mungkin kita akan jumpa agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Pada hari ini kita bakal mengajak semua pembaca untuk menghayati dan mendalami satu dogma bicara berkaitan pengenalan politik Islam. إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (An-Nisa : 48) Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Ayat di atas merupakan dustur dar
PERSONALITI AHSAN ; UMMU HABIBAH R.A Pencarian Srikandi Islam ataupun Mujahidah Qawiyah ataupun Muslimah Sejati ataupun apa sahaja yang mencerminkan keteguhan pendirian seorang wanita hari ini sangat sukar. Wahai wanita, jagalah kehormatanmu, lisanmu, badanmu dan pakaianmu!!  Petikan syair arab menyebut mencari wanita yang solehah lagi cerdik ini ibarat mencari gagak yang bewarna putih. Menunjukkan kesukaran pada pencariannya. Cuba kita selami seperkara, suatu kisah Sirah Nabawiyah yang direkodkan oleh sejarawan dalam Sirah Ibnu Hisham. Kisah Ummi Habibah, Ramlah anak kepada Abi Sufyan Binti Fakhr Binti Harb Binti Umaiyyah lahir pada tahun 35 hijrah dan wafat pada tahun 44 hijrah.  Secara ringkasnya Ummu Habibah ini menunjukkan ketegesan pendiriannya meninggalkan suaminya dan memilih agama seraya berkata kepada Ubaidillah Bn Jahsy " لا خير فيك " Hal ini disebabkan suaminya ajak meninggalkan agama Islam dan mengikutnya. Kata-katanya kasar satu pandangan ta
Pindaan Akta 355 : Satu Pelaksanaan Mengikut Kemampuan   (Ditulis Oleh : Kencana Hijau, Jordan) Usul Persendirian bagi mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian, bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Segelintir yang menolak mengatakan bahawa Pindaan Akta 355 merupakan tidak kondusif, tangan belakang untuk melaksanakan Hukum Hudud, tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Modal Politik Parti dan banyak skeptikal lagi. Oleh itu, saya akan membawa kalian untuk memahami isu ini dengan ilmiah dan rasional. Kita tidak mahu kesalahfahaman dalam isu sehinggakan menyebabkan pertelingkahan sebaliknya suasana perbincangan akan berlaku lebih banyak terutama dalam kalangan Ahli Parlimen Islam. Sekilas Akta 355 Pada tanggal 3 Mac 1965, Parlimen Malaysia telah meluluskan satu undang-undan
PAHALA BERJALAN SEWAKTU TIDUR? Pernahkan kalian terfikir bagaimana pahala kita mampu berjalan sewaktu kita tidur? Sejujurnya tiada jawapan yang salah atau betul yang mampu diberikan. Mungkin kita boleh katakan bersedekah untuk pembinaan masjid misalan. Selama masyarakat menggunakan masjid itu, maka selama itulah pahala kita bakal berjalan. Pelbagai jenis amal jariah juga kebaikan yang boleh kita lakukan. Sebelum itu, suka untuk membawa kalian menghayati realiti kini yang kita fokuskan pada perspektif orang muda dan media massa. Tidak dinafikan kita perlu membawa pemuda mengenal teknologi dan bukan sebaliknya menongkah arus kemodenan kini dengan menghalang mereka bmenari bersama rentak teknologi. Pada hari ini kita mempunyai pelbagai jenis media seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram, Twitter dan lainnya.   Apabila kita berbicara berkaitan muamalah kita (perhubungan kita ) dengan media, kita boleh katakan ramai yang leka dan alpa untuk lebih berkomunikasi secara berdepan
SYAIR ; ADNAN SATRIA NEGARA Tersebutlah kisah suatu cerita, Satria Negara banyak berjasa, Adnan Bin Saidi diberi nama, Kesatriaannya membanggakan negara. Adnan dididik dengan sempurna, Apabila dewasa bersemangat waja, Parajurit negara namanya besar, Menggadai nyawa demi negara, Menjadi Askar Melayu umur yang muda, Ketua Platun Batallion Pertama, Memikul amanah sungguh saksama, Anak dan isteri tidak dilupa. Bukit Candu medan pertempuran, Leftenan Adnan memainkan peranan, Kawasan penting perlu dipertahankan, Permatang Pasir Panjang menjadi rebutan. Mereka dibedil habis-habisan, Meriam dan mortar menjadi penganan, Adnan bertahan bermati-matian, Musuh gagal untuk menawan. Jepun menggunakan tipu muslihat, 40 askar ditentang hebat, Adnan cedera terbaring atas mayat, Dia bertempur dengan dengan jarak yang dekat. Bayonet sahaja menjadi senjata, Adnan diserang Jeneral Yamashita, Dahan ceri digantung songsangnya, Ditikamnya m
SAJAK ; MANISNYA MADU CINTA Laut madu manis cangkirnya rasanya merembeskan kemanisan bunga hinggakan terbuai kalbu cinta tidak terperi Suaranya pilu tenangnya harmoni dan sentosa melenyapkan congkar-cangkir dalam kehidupan yang menyibukkan Cinta Sang Murabbi KENCANA HIJAU Amman,Jordan
SAJAK ; NELAYAN ILMU Wahai Nelayan Ilmu, Sungguh hairan tiap hari aku melihat manusia menyisir rambutnya tetapi tidak menyisir otaknya memperkemas dadanya tetapi tidak menyucikan hatinya menggilap kasutnya tetapi tidak menggilap akalnya Wahai Nelayan Ilmu, Bernakhodakan akal budi luhur pekerti mulia sesekali terjah kegusaran terbit di sebalik ufuk minda jala keimanan pukat ketaqwaan menyentap tali kesabaran menebarkan keperitan pelahan-lahan mengangkat kejayaan yang dimpikan Kitalah Nelayan Ilmu, dalam kolek keyakinan setiap kejayaan yang terpukat harus terbalut keluhuran dibingkis kesucian menangkis keangkuhan sebelum sampai ke pelabuhanmu Nelayan Ilmu, Kita datang sini hanya sementara, untuk kembali ke pangkuan ayahanda bonda, kita pulang nanti bawalah yang manisnya, buanglah yang keruhnya, menyuburkan benih agama, agar dapat dinikmati semua. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
ARTIKEL ISLAMIK MASJID : ONE STOP CENTRE Siapakah manusia pilihan Allah untuk datang memakmurkan rumah-Nya? Orang yang terpilih ini mempunyai beberapa ciri yang dinyatakan sendiri oleh Allah : “ Sesungguhnya orang yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat serta tidak takut kecuali Allah. Maka mereka diharapkan menjadi golongan orang yang mendapat hidayah.” (At-Tawbah 9:18) Masjid hari ini wajar diluaskan peranannya seluas pandangan mata burung. Kita ingin melihat peranan masjid yang lebih proaktif dan meningkatkan peranan yang biasa sebagai suatu projek yang kita namakan sebagai ‘Dakwah Moden’. Pernahkah kita melihat masjid yang membekalkan ubatan seperti farmasi yang mempunyai doktor panel memberi ubat kepada pesakit? Pernahkah kita melihat masjid dipenuhi kereta beratur menunggu anak pulang dari pusat tuisyen seperti mana kita membeli makanan segera di khidmat pandu-lalu? Namun
SAJAK ; GAGAK PUTIH   Pernah dahulunya aku, Bermimpi akan seekor gagak di Kuala Lumpur, Putih pelepahnya, Putih matanya, Putih paruhnya, Putih kakinya, Putih semuanya, Tetapi, Masihkah mampu aku menjumpainya? Yang putih pelepahnya, Yang putih matanya, Yang putih paruhnya, Yang putih kakinya, Yang putih semuanya, Gagak yang lazimnya hitam, Kini putih, Mampu buat terkesima kita, Mustahil aku menjumpainya, Memilikinya apatah lagi, Di manakah kau? Wahai Gagak Putih yang kucari? Adakah zaman ini akan muncul, Si Gagak Putih yang menjadi idaman para arjuna? Mengikat perahu kata, Dengan tepak sirih dibawa, Dengan cincin rotan disimpan, Dengan senyuman manis berjela, Demi menyatukan dua keluarga. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
SAJAK ; KETUA   Sungguh, Malam itu sepi dengan kehadiran manusia, Kuturunkan segala pengalaman disimpan, Ilmu dan panduan, Sunnah dan Kalamullah Quran, Agar mereka terpandu memimpin manusia Memanusiakan manusia. Kini, Situasi sebegitu bakal berulang, Wataknya sahaja berbeza, Siapa? Masih mencari dikau, Wahai pengganti, Demi meneruskan  kerja dakwah ini. Aku bukan penat, Aku mahu berehat, Aku jadi pengikutmu, Sepertimana kau mengikutku, Kau pula mengemudi, Teguh berdiri, Ketahuilah aku di sampingmu mendoakan yang terbaik. KENCANA HIJAU Amman, Jordan.
ARTIKEL ISLAMIK Pemuda Al-Quran Yang Dinanti-nantikan Dikarang oleh : Muhammad Ammar Yaser Bin Ahmad Nazri   Sungguh hairan melihat setiap hari pemuda menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah menyucikan hatinya, menggilap kasutnya tetapi tidak akalnya. Walhal, kejayaan seorang pemuda yang dinanti-nantikan bukanlah bergantung pada penampilan zahir semata-mata tetapi juga ketinggian pemikirannya. Atas pedoman yang sama, percayalah Pemuda Al-Quran suatu penantian buat kita. Pemuda Al-Quran yang digambarkan dalam surah Yusuf ayat 36 yang bermaksud :[ Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya