SANTAI DAKWAH


Alkisah, hari Ahad yang indah, lebih segar daripada kepenatan semalam, permulaan bagi rutin pelajar di Jordan. Aku bergegas mendapatkan bas mini atau dikenali sebagai 'coaster' di sini.

Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan 'coaster' 30 minit sebelum pukul 10.00 pagi.

Oleh sebab tiada lagi tempat duduk kosong, aku mengambil tempat hadapan pintu, dan berdiri sambil memegang besi penghadang tepi pintu.

Kisahnya bermula, seorang wanita muda, bukan berwarganegara Malaysia, tersentuh tangan kananku. Dia duduk di sebuah kerusi di sisi pintu keluar. Tersentuh tangan yang aku sarungkan cincin Zamrud Columbia hadiah pemberian seseorang.

Aku tangkas menarik tanganku, kerana aku sedar dia cuba menyentuhku. Barangkali dia berminat dengan cincin yang aku pakai. Itu hanyalah andaian.

Tindakan kami ini membuatkan hampir semua yang ada dalam 'coaster' mentertawakan kami.

Dia juga. Aku tidak pasti, keliru dan bercampur perasaan dalam hati muda ini. Aku diam. Bertindak seperti tiada apa yang berlaku sambil berfikir.

Adakah tindakan aku menjengkelkan? Atau membuatkan kau tidak selesa? Aku fikir diriku, lebih baik menjaga diriku daripada berfikir pasal kau. Asalkan tindakan aku tidak salah di sisi Allah. Aku teruskan.

Comments

Popular posts from this blog