Dustur Ilahi ; Sebuah Pendekatan Buat Mahasiswa
Oleh : Kencana Hijau

Islam merupakan agama yang sangat sempurna jika ingin dibandingkan dengan agama yang lain. Tidak mungkin kita akan jumpa agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Pada hari ini kita bakal mengajak semua pembaca untuk menghayati dan mendalami satu dogma bicara berkaitan pengenalan politik Islam.
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
(An-Nisa : 48)
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Ayat di atas merupakan dustur daripada Allah yang dicatatkan dalam kitab paling mulia, Al-Quran yang mengajak manusia untuk menjalankan amanah untuk memimpin dan mentadbir manusia dengan adil. Islam melihat seorang pemimpin dalam kalangan manusia yang beriman adalah yang terpilih untuk menjalankan agenda Islam tidak lain dan tidak bukan untuk menegakkan kebenaran, membezakan antara yang hak dan yang batil.
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
(Sad : 26)

Maksudnya : Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.
Apabila berbicara tentang soal penguasa di muka bumi ini, berlaku adil terhadap masyarakat yang dipimpin. Rujukan seorang pemimpin adalah Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan sebagai cagaran untuk mendakwa mereka hari kiamat kelak bukanlah ikut suka, ikut apa yang telah dibuat pemimpin sebelum yang memerintah hamper lebih 10 tahun misalan.
                Mari kita lihat konteks Negara kita Malaysia yang menggunakan konsep Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan yang telah termaktub sejak dahulu lagi. Jika dikaitkan dengan ayat di atas, kita dapat menggunakan sebuah ‘kaedah fiqhiyyah’ ما يتم الواجب الا به فهو واجب  yang membawa maksud (perkara yang menjadi penyumpurna kepada wajib, maka dia adalah wajib juga). Persoalannya, apakah matlamat utama untuk berkuasa memimpin Negara? Semestinya matlamat adalah untuk meraih segala manfaat umum, kemaslahatan sejagat dalam masa yang sama membanteras kebinasaan dan kebobrokan akhlak masyarakat. Maka hukum  bagi pemimpin demi menjalankan amanah ini adalah wajib begitu juga menjadi pemimpin lebih utama wajib dalam kalangan orang Islam.
Pada hari ini kita dapat lihat paradigma baharu dalam politik Islam. Masyarakat semakin menyedari tentang kepentingan untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia. Jika kita pengamatan terhadap ucapan pemimpin politik antarabangsa, Recep Tayyip Erdogan yang menetapkan bahawa setiap negara tidak digalakkan meletakkan agama dalam urusan politik sebaliknya terhad buat individu yang yang mepunyai ikatan agama. Beliau sering menekankan Parti Keadilan & Pembangunan (AKP) sebagai modul gerakan Islam dalam sebuah negara sekular yang berasaskan tiga sendi utama iaitu pragmatisme, politik Islam dan sekularisme pasif.

Namun demikian, anjuran ini amatlah bertentangan berkaitan pemahaman masyarakat antara pendekatan Islamisme dan Pasca-Islamisme yang dikenali sebagai ‘Arab Spring’ atau Arab Awakening’. Islam menganjurkan berpolitik, dalam politik mengajurkan untuk menerapkan agama Islam juga nilai moral, kesatuan ummat, kesatuan berikir. Negara mampu mengatur moral rakyat, mampu untuk mengubah sesuatu. Buktinya, lihat sahaja baginda Nabi S.A.W dalam mennggagaskan sebuah perlembagaan dikenali sebagai ‘Sahifah Madinah’ yang meliputi aspek kesamarataan, kepentingan ummat Islam. Pergaduhan antara kaum Aus dan Khazraj mampu dileraikan apabila hadir seorang pemimpin Islam berwibawa, inilah yang dikatakan Reformis Islam. Anjuran lain  yang pernah dilaungkan oleh salah seorang ahli politik di Malaysia iaitu ‘menggamakan politik, mempolitikkan agama’ wajar disahut dengan baik.
Islam & Sekularisme salah satu bentuk serangan pemikiran yang ingin meruntuhkan pemikiran anak muda, anak watan yang masih cetek dengan pemerhatian mereka sebenarnya. Dalam perkembangan arus teknologi kini kita hanyut, anak muda kurang membaca dan tidak mampu berperanan kepada aset negara. Lihat kerajaan Firaun yang rosak binasa lagi mebinasakan yang telah dirakamkan dalam Al-Quran.
ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَظَلَمُوا بِهَا ۖ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ
(Al-A’araf : 103)

Maksudnya : Kemudian Kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerusakan.
                Kupasan pada hari ini berkisar tentang masa depan negara kita. Hari ini masyarakat khayal dan leka dengan nikmat dunia lagi-lagi anak muda. Marilah kita cuba memahami usaha memartabatkan Islam sebagai Agama Kehidupan yang wajar diguna pakai dalam negara yang masyarakat majmuk seperti Malaysia. Sukar lagi kini mencari gerakan yang menggerakkan usaha dakwah dan tarbiah dalam segenap ruang dan peluang samada NGO, Parti Politik memenangi hati rakyat untuk memikat kepada Islam, erti hidup bersyariat. Maka peranannya bermula daripada kita sebagai anak muda, mahasiswa Islam. Ayuh !


Comments

Popular posts from this blog