Posts

Showing posts from July, 2017
Image
WILDAN-MUKHALLADUN Wildan-Mukhalladun, Kau Ibarat Mutiara Bertaburan, Sebening Yaqut, Seputih Marjan, Menyinari Kegelapan, Memecah Kesunyian, Semerbak Mawar Kayangan, Kini Kau Tidak Lagi Buluh Perindu, Kerna Nafsu Serakah Tunggul Kayu Tak Berjiwa, Syaitan Bertopengkan Manusia, Kaca Menyerupai Permata, Wahai Insan Berjiwa Manusia, Proses Memanusiakan Manusia Bukan Semudah Bicara, Jangan Kerana Nafsu Kau Buat Semua, Hak Dan Batil Tak Diambil Kira, Jannatul Firdausi Bukan Impian Utama, Quran Sunnah Ditunggang Guna, Mundur Sosial Rencah Perisa, Ayuh ! Kita Perlu Mengubahnya. KENCANA HIJAU, Amman, Jordan.
Image
SAJAK ; DAMAI YANG SIRNA Al-Quds, Damai kanak-kanak yang sirna, Kini menghiris dan membunuh perasaan, Hiba sayu meratapi, Bahkan bulan, bintang juga mentari mengikuti, Menangis, Airnya sayu ibarat kalbu dihiris, Rasanya pilu umpama kacam menikam lara, Sungguh mereka tidak terperi, Bedilannya sakit dan menyakitkan, Zionis Israel, Adakah hati kau sudah mati? Kerana tiada lagi kasihan di sanubari, Kekejeman kau memuncak, Kezaliman kau terserlah, Al-Quds, Ayuh Ulama' Feqah, Ulama' Sejarah, Ulama' Ummah, Ulama' Harakah, Runtuhkan tiang khilafiah, Suburkan tali warisan ummah, Israel, Bangsa durjana, Ingatlah, Keadilan akan tertegak, Kau akan terkubur kelak. KENCANA HIJAU Sweileh, Amman, Jordan
SAJAK ; AKU TERIMA NIKAHNYA Cinta, Kalimah lima aksara yang punya sejuta makna, Kadangkala perlu meluahkannya, Kadangkala perlu menerima, Kadangkala perlu manifestasinya, Cinta, Pernah terfikir untuk melorongnya pada jalan suci bersih bicara? Atau melempiaskan serakah semata? Tahukah hak dan batil takkan pernah diadun sama, Benarlah cinta itu buta, Cinta, Ayuh kita bawa naluri hati suci ini dengan sebaik cara, Bukan di dunia maya dia menggoda, Bukan pacaran islami sebagai topengnya, Bukan luahan perasaan biasa biasa, Cinta, Koreksi diri kita sebelum akad dilafazkan, Kita keluar dari gelita kebinasaan ke arah cahaya kebenaran, Aku terima nikahnya bukan akad kegembiraan sahaja, Tetapi saat bahu dibeban dengan peranan, Saat kita penuh kesediaan, KENCANA HIJAU Amman, Jordan.