SAJAK ; AKU TERIMA NIKAHNYA

Cinta,
Kalimah lima aksara yang punya sejuta makna,
Kadangkala perlu meluahkannya,
Kadangkala perlu menerima,
Kadangkala perlu manifestasinya,

Cinta,
Pernah terfikir untuk melorongnya pada jalan suci bersih bicara?
Atau melempiaskan serakah semata?
Tahukah hak dan batil takkan pernah diadun sama,
Benarlah cinta itu buta,

Cinta,
Ayuh kita bawa naluri hati suci ini dengan sebaik cara,
Bukan di dunia maya dia menggoda,
Bukan pacaran islami sebagai topengnya,
Bukan luahan perasaan biasa biasa,

Cinta,
Koreksi diri kita sebelum akad dilafazkan,
Kita keluar dari gelita kebinasaan ke arah cahaya kebenaran,
Aku terima nikahnya bukan akad kegembiraan sahaja,
Tetapi saat bahu dibeban dengan peranan,
Saat kita penuh kesediaan,

KENCANA HIJAU
Amman, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog