SAJAK ; DAMAI YANG SIRNA

Al-Quds,
Damai kanak-kanak yang sirna,
Kini menghiris dan membunuh perasaan,
Hiba sayu meratapi,
Bahkan bulan, bintang juga mentari mengikuti,
Menangis,
Airnya sayu ibarat kalbu dihiris,
Rasanya pilu umpama kacam menikam lara,
Sungguh mereka tidak terperi,
Bedilannya sakit dan menyakitkan,
Zionis Israel,
Adakah hati kau sudah mati?
Kerana tiada lagi kasihan di sanubari,
Kekejeman kau memuncak,
Kezaliman kau terserlah,
Al-Quds,
Ayuh Ulama' Feqah, Ulama' Sejarah,
Ulama' Ummah, Ulama' Harakah,
Runtuhkan tiang khilafiah,
Suburkan tali warisan ummah,
Israel,
Bangsa durjana,
Ingatlah,
Keadilan akan tertegak,
Kau akan terkubur kelak.

KENCANA HIJAU
Sweileh, Amman, Jordan





Comments

Popular posts from this blog