WILDAN-MUKHALLADUN

Wildan-Mukhalladun,
Kau Ibarat Mutiara Bertaburan,
Sebening Yaqut, Seputih Marjan,
Menyinari Kegelapan,
Memecah Kesunyian,
Semerbak Mawar Kayangan,

Kini Kau Tidak Lagi Buluh Perindu,
Kerna Nafsu Serakah Tunggul Kayu Tak Berjiwa,
Syaitan Bertopengkan Manusia,
Kaca Menyerupai Permata,
Wahai Insan Berjiwa Manusia,
Proses Memanusiakan Manusia Bukan Semudah Bicara,

Jangan Kerana Nafsu Kau Buat Semua,
Hak Dan Batil Tak Diambil Kira,
Jannatul Firdausi Bukan Impian Utama,
Quran Sunnah Ditunggang Guna,
Mundur Sosial Rencah Perisa,
Ayuh ! Kita Perlu Mengubahnya.

KENCANA HIJAU,
Amman, Jordan.





Comments

Popular posts from this blog