SANTAI DAKWAH


Sebuah kisah untuk dijadikan teladan. Kisah seorang pendakwah muda yang umurnya setahun jagung darahnya setampuk pinang. Pemuda yang belajar di universiti di luar negara di Timur Tengah.

Sewaktu dalam sebuah kuliah Qawaid Fiqhiyyah apabila belajar tajuk لا ضرر ولا ضرار (Mencegah Kemudaratan Sendiri Dan Mencegah Kemudararan Pada Lainnya)

Alkisah dia seorang pelajar yang melazimi tempat duduk di barisan paling hadapan. Berhadapan doktor dan seringkali bersebelahan sahabat Arab yang sangat tegar menghisap rokok.

Puas dia mencari jalan dan waktu yang sesuai untuk memberu teguran. Masanya tiba pada pengujung semester sewaktu belajar Kaedah Fiqhiyyah yang disebutkan tadi.

Dia mengngkat tangan kanan mengambil peluang melontarkan cadangan dari kalbunya, terus bersuara dalam Bahasa Arab setelah diberi peluang oleh pensyarah.

"Bagaimana aku ingin menolak kemafsadatan apabila solat berjemaah di masjid, sebelah aku seorang lelaki yang tegar merokok, keluar pada mulutnya bau yang aku tidak khusuk untuk solat. Adakah aku boleh menjarakkan saf, meninggalkan fadhilat saf tetapi untuk aku mengelakkan daripada bau mulut perokok itu?"

"Pensyarah tersentap, ye aku akui dan aku bersama kau. Inilah 'common sense' kita. Memang tak dapat elak lagi dengan perokok begitu." Sambung dan kaitkan dengan tajuk semula.

Kawan yang duduk sebelah pelajar bertanya itu, tutup mulutnya dengan 'syimakh' (kain serban). Dia sedar mulutnya mengeluarkan bau busuk untuk orang lain.

Kita bukan tidak suka pada perokok, tetapi kita tidak suka akan perbuatannya.

Comments

Popular posts from this blog