PAHALA BERJALAN SEWAKTU TIDUR?


Pernahkan kalian terfikir bagaimana pahala kita mampu berjalan sewaktu kita tidur? Sejujurnya tiada jawapan yang salah atau betul yang mampu diberikan. Mungkin kita boleh katakan bersedekah untuk pembinaan masjid misalan. Selama masyarakat menggunakan masjid itu, maka selama itulah pahala kita bakal berjalan.

Pelbagai jenis amal jariah juga kebaikan yang boleh kita lakukan. Sebelum itu, suka untuk membawa kalian menghayati realiti kini yang kita fokuskan pada perspektif orang muda dan media massa. Tidak dinafikan kita perlu membawa pemuda mengenal teknologi dan bukan sebaliknya menongkah arus kemodenan kini dengan menghalang mereka bmenari bersama rentak teknologi. Pada hari ini kita mempunyai pelbagai jenis media seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram, Twitter dan lainnya. 

Apabila kita berbicara berkaitan muamalah kita (perhubungan kita ) dengan media, kita boleh katakan ramai yang leka dan alpa untuk lebih berkomunikasi secara berdepan. Ramai yang lupa bahasa sopan kerana banyak memahami bahasa tulisan. Ramai yang lebih menularkan (memviralkan) sesuatu isu berbanding berdiskusi ilmiah secara berkumpulan. Tidak cukup dengan disebutkan ditambah pula isu 'Keyboard Warrior' yang tugasnya berperanan untuk menyerang sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemikiran anda.

Saya berikan kepada kalian sedikit rumusan untuk kalian sebagai mahasiswa cemerlang, mahasiswa muslim kelas pertama untuk buat pilihan :-

1. Gunakan media anda (WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram, Twitter dan lainnya.) dengan menggunakan bahasa yang baik, tulisan yang berilmiah untuk dibaca yang bakal menjadi pahala kepada sesiapa yang membaca walaupun kita sedang tidur.

2. Anda tidak menggunakan media untuk berdakwah, untuk menjadikan tulisan ini ada nilainya, ada sahamnya tetapi tidak menyakiti sesiapa, tidak menyerang sesiapa kerana media anda milik anda untuk mengurusnya.

Saya beri anda satu contoh realiti. Seorang pelajar ini dia tidak langsung mempunyai Facebook tetapi mempunyai Twitter dan Instagram. Pernah ditanya mengapakah berpendirian sedemikian? Dia menjawab cukup sekadar saya mempunyai Telegram dan Twitter untuk menyebar perkara perlu seperti hebahan kuliah, perkongsian ilmu dan mutiara kata di bumi Syam ini. Beliau berpendirian juga bahawa setiap media ada sedikit manfaatnya untuk digunakan, namun demikian beliau melihat sebagai أخف الضررين (mudarat lebih ringan) jika mempunyai Facebook . 

Itu kata beliau sebabnya apabila ada sahaja cubaan atau cuitan di Instagram dan Twitter dari 'Keyboard Warrior' agaknya jenuh nak 'scroll' menjawab pada ruangan komen ini. Fitnah juga dapat kita tutup sedikit.

Kesimpulannya, pada hari ini bukan berniat untuk memberi kritikan kepada orang muda sebagai fokusnya tetapi sebagai satu kesedaran kepada kalian untuk menjadikan tulisan kita bermanfaat. Penggunaan bahasa perlulah sopan dan berakhlak. Elakkan pertelingkahan kerana kelak bakal memakan diri. Elakkan pergaduhan kerana tindakan ini bakal memecahbelahkan kita. Sebagai pelajar kita boleh mula dengan menulis status misalan apakah ilmu yang kita pelajari  dalam kuliah hari ini.

Jom kita mula menulis pada mana-mana sahaja medium yang tersedia. Jadikanlah tulisan itu bermanfaat kerana akan saham akhirat buat kita mudahan. Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog