PERSONALITI AHSAN ; SAIDINA UMAR AL-KHATTAB


Saurah Hayat As-Sahabah, Dr.Abdul Rahman Ra’fat Al-Basya” telah mengutarakan sebuah kisah teladan yang sangat menyentuh kepiluan hati sanubari manusia. Amru Bin Ath-Thufail Ad-Dausy merupakan anak seorang yang syahid. Bapanya yang syahid di perang Yamamah dan beliau sendiri terus gigih berperang sampai tubuhnya penuh luka, tangan kananya terpotong, dia pulang ke Madinah meninggalkan bapaknya sementara tangan kanannya dikubur di bumi Yamamah.

Sewaktu khilafah Umar Bin Al-Khatthab, Amru bin Ath-Thufail datang menemuinya, tatkala makanan dihidangkan kepada Al-Faruq sementara orang-orang yang duduk di sekelilingnya dipersilahkan untuk menyantap hidangan, Amru menjauh dari hidangan tersebut. Maka al-Faruq bertanya kepadanya,

“Ada apa dengan dirimu? Apakah kamu menjauh dari makanan ini kerana kamu merasa malu kepada tanganmu?”

Dia menjawab, “Benar wahai Amirul Mukminin.”

Umar pun berkata, “Demi Allah, aku tidak menyantap makanan ini sehingga kamu mencampurnya melalui bahagian tanganmu yang terputus itu. Demi Allah, di antara yang hadir ini tidak ada seseorang yang sebahagian badannya telah tinggal di syurga melainkan engkau.

Umar Bin Al_Khattab merupakan khalifah kedua Khulafa’ Ar-Rasyidin. Beliau merupakan antara tokoh kepimpinan yang boleh dicontohi pada abad ini. Pada hari ini kita saksikan bahawa sukarnya untuk meneladani kepimpinan beliau sebagai pemimpin yang tegas dan pendirian teguh dalam menegakkan agama serta syiar Islam. 

Fikiran dan rencana pentadbiran beliau tidak akan sesekali dicampuri oleh pihak luar termasuk isteri dan anaknya. Di manakah pemimpin sebegitu pada saat ini ?




Comments

Popular posts from this blog