PERSONALITI AHSAN ; SAIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ


Umum mengetahui bahawa setiap kali majlis yang dihadiri oleh seorang pemimpin perlulah mengikut adat istiadat, protokol dan cara sambutan yang gah bertujuan membezakan martabat dan darjat pemimpin dan yang dipimpin. Namun jika kita menyingkap sejarah Islam, adakah pernah kita membaca tentang pemimpin yang dipaksa sanjung dan hormat? Kezuhudan seorang pemimpin sukar dicari berbanding dengan pemimpin yang tidak mempunyai sifat zuhud.


Umar Bin Abdul Aziz ketika belum dilantik menjadi khalifah telah memarahi rakyat kerana tidak menyukai panggilan “Khalifah” yang disebut-sebut oleh rakyat. Namun demikian, beliau yang selepas dilantik menjadi khalifah seolah-olah menjadi lebih zuhud dan perubahan bagai langit dan bumi.

Kezuhudan tersebut dilihat apabila beliau yang tidak pernah langsung beliau menetap di istana sewaktu pemerintahan. Sebaliknya kekal menetap di rumah yang didiami sebelum ini. Walaupun pernah ditentang oleh pihak pengurusan istana, beliau menjual segala isi juga harta mewah yang terdapat dalam istana untuk menambahkan kewangan negara. Kata beliau kepada isteri yang dicintai, Fatimah Binti Abdul Malik 

“Kembalikan seluruh perhiasan dan harta peribadimu kepada kewangan negara atau kita akan bercerai”.
Anak-anaknya pernah merungut kerana belum pernah merasai makanan yang lazat. Beliau menangis tersedu-sedu, sambil menyatakan dua pendirian “Saya beri kalian makanan yang lazat tapi kalian harus rela menghumban saya ke neraka atau kalian bersabar dengan hidangan yang sederhana dan kita akan masuk syurga bersama-sama?”



Reformasi dalam bernegara ini berterusan hampir dua tahun lebih hingga mampu mentarbiyah rakyat jelata menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa sebelum beliau pergi menemui Allah azza wajalla.

Comments

Popular posts from this blog