SAJAK ; KETUA 


Sungguh,
Malam itu sepi dengan kehadiran manusia,
Kuturunkan segala pengalaman disimpan,
Ilmu dan panduan,
Sunnah dan Kalamullah Quran,
Agar mereka terpandu memimpin manusia
Memanusiakan manusia.

Kini,
Situasi sebegitu bakal berulang,
Wataknya sahaja berbeza,
Siapa?
Masih mencari dikau,
Wahai pengganti,
Demi meneruskan  kerja dakwah ini.

Aku bukan penat,
Aku mahu berehat,
Aku jadi pengikutmu,
Sepertimana kau mengikutku,
Kau pula mengemudi,
Teguh berdiri,
Ketahuilah aku di sampingmu mendoakan yang terbaik.

KENCANA HIJAU
Amman, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog