PERSONALITI AHSAN ; SUMAYYAH IBU AMMAR BIN YASIR


Sungguh hairan, melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya , memperkemas dadanya tetapi tidak akalnya. Walhal kejayaan sesutu perkara bukanlah bergantung pada penampilan zahir semata-mata tetapi juga ketinggian luhur budi pekertinya.

Sumayyah ,ibu Ammar Bin Yasir antara wanita yang boleh menjadi contoh teladan bagi umat Islam amnya pada saat dunia akhir zaman ini. Beliau yang telah mengalami berbagai-bagai seksaan zahir dan batin, sakit parah, kemiskinan yang mencekik, kehilangan insan yang dicintai hari demi hari. Namun tidak pernah sedetik masa seksaan ini menggoyahkan imannya bahkan membakar semangatnya untuk terus berjuang.

Abu Jahal, “Panglima Kezaliman” bagi setiap perkara yang zalim telah patah keangkuhan, kesombongan juga kemarahan jantannya kerana wanita ini yang sangat sabar dengan azab seksaan dunia yang dikenakan Abu Jahal, lalu dipakaikan wanita ini baju besi, dijemur di tengah padang pasir yang terik juga matahari yang membakar.

Abu Jahal merapati Sumayyah, wanita yang amat tebal kesabarannya sambil tangan memegang tombak lalu menusuk atau menyula hinggalah Sumayyah syahid. Kitab ‘Usdhu Al-Ghabah’ Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan dalam riwayatnya Abu Jahal telah menusuk tombak ke dalam kemaluan atau faraj Sumayyah hingga syahid. Allah mengurniakan wanita ini sebagai wanita pertama syahid dalam Islam.

Ayuh wahai Wanita Islam, jagalah kehormatanmu, lisanmu, badanmu dan pakaianmu!!Petikan syair arab menyebut mencari wanita yang solehah lagi cerdik ini ibarat mencari gagak yang bewarna putih.

Comments

Popular posts from this blog