SYAIR ; ADNAN SATRIA NEGARA


Tersebutlah kisah suatu cerita,
Satria Negara banyak berjasa,
Adnan Bin Saidi diberi nama,
Kesatriaannya membanggakan negara.

Adnan dididik dengan sempurna,
Apabila dewasa bersemangat waja,
Parajurit negara namanya besar,
Menggadai nyawa demi negara,

Menjadi Askar Melayu umur yang muda,
Ketua Platun Batallion Pertama,
Memikul amanah sungguh saksama,
Anak dan isteri tidak dilupa.

Bukit Candu medan pertempuran,
Leftenan Adnan memainkan peranan,
Kawasan penting perlu dipertahankan,
Permatang Pasir Panjang menjadi rebutan.

Mereka dibedil habis-habisan,
Meriam dan mortar menjadi penganan,
Adnan bertahan bermati-matian,
Musuh gagal untuk menawan.

Jepun menggunakan tipu muslihat,
40 askar ditentang hebat,
Adnan cedera terbaring atas mayat,
Dia bertempur dengan dengan jarak yang dekat.

Bayonet sahaja menjadi senjata,
Adnan diserang Jeneral Yamashita,
Dahan ceri digantung songsangnya,
Ditikamnya mereka tidak seperti manusia.


KENCANA HIJAU
Amman, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog