PERSONALITI AHSAN ; UMMU HABIBAH R.A


Pencarian Srikandi Islam ataupun Mujahidah Qawiyah ataupun Muslimah Sejati ataupun apa sahaja yang mencerminkan keteguhan pendirian seorang wanita hari ini sangat sukar. Wahai wanita, jagalah kehormatanmu, lisanmu, badanmu dan pakaianmu!! Petikan syair arab menyebut mencari wanita yang solehah lagi cerdik ini ibarat mencari gagak yang bewarna putih. Menunjukkan kesukaran pada pencariannya.

Cuba kita selami seperkara, suatu kisah Sirah Nabawiyah yang direkodkan oleh sejarawan dalam Sirah Ibnu Hisham. Kisah Ummi Habibah, Ramlah anak kepada Abi Sufyan Binti Fakhr Binti Harb Binti Umaiyyah lahir pada tahun 35 hijrah dan wafat pada tahun 44 hijrah. 

Secara ringkasnya Ummu Habibah ini menunjukkan ketegesan pendiriannya meninggalkan suaminya dan memilih agama seraya berkata kepada Ubaidillah Bn Jahsy

" لا خير فيك "

Hal ini disebabkan suaminya ajak meninggalkan agama Islam dan mengikutnya. Kata-katanya kasar satu pandangan tapi tegasnya pendirian inilah yang kita inginkan. Ketegasan memilih iman dan islam dalam kehidupan sehari-hari.

Ayuh, kita usaha, kita didik diri kita serta berusaha mencontohi keteladanan yang dibawa oleh Ummi Habibah r.a. Berkat kesabarannya menjadi Ibu Orang Mukminin (امة المؤمنين ) kerana dikahwini Rasulullah S.A.W serta bersama berhijrah ke Madinah dari Thaif.

Comments

Popular posts from this blog